Tuesday 16 April 2013

Aku Bukan Aisyah


Datangnya kesedihan selepas kegembiraan memang sudah lumrah hidup.. Kerana Allah S.W.T menciptakan semuanya berpasangan.. Cuma kadang-kadang ramai yang tidak sedar.. dan kadang selalu menyalahkan takdir yang dah tertulis di Lauhul Mahfuz tentang perjalanan dan takdir hidup seseorang… kegembiraan yang pergi dan munculnya kesedihan mungkin hanya seketika.. mungkin Allah ingin menggantikan kegembiraan yang lebih bahagia berbanding sebelumnya.  Redha dan ikhlaskan lah segala yang telah berlaku itu yang lebih baik.. kerana semua yang ada di dunia ini bukan miliki kita. Tubuh dan nyawa yang kita ada hanya pinjaman dan bila-bila masa saja semua akan dipulangkan kepada yang empunya..
Aku bukan seperti Aisyah isteri Nabi Muhammad S.A.W.. sifat pemurah dan suka memberi adalah salah satu bahagian penting sehingga ada yang mengganggap sifat pemurahnya itu melampaui batas-batas normal. Beliau sanggup memberi apa saja bantuan tanpa memikirkan nasibnya sendiri. Memiliki hati yang lembut dan mudah mengalirkan airmata. Aku Cuma manusia yang lemah, tidak sempurna, terlalu banyak kekurangan, dosa yang tidak ternilai.. aku hanya melakukan perkara yang boleh membantu membahagiakan orang lain berbanding diri sendiri. Kerana kebahagian ku adalah melihat orang sekeliling bahagia.
Bila terkenangkan kisah cinta yang lalu. Teringat akan pertanyaan Aisyah kepada Nabi Muhammad tentang “ adakah seseorang lelaki akan teringatkan kekasihnya pada hari kiamat?” Nabi Muhammad menjawab “ tidak dalam 3 kesempatan, wahai Aisyah. Tidak semasa amal perbuatan di timbang sehingga ditentukan yang mana lebih berat dan mana yang lebih ringan. Tidak semasa cacatan amal perbuatan itu diberi kepada tangan kanan ataupun tangan kiri. Dan semasa sebahagian api naik menjulang mahu membakar dan mengelimuti manusia.” Airmataku jatuh mengingatnya kerana sudah jelas bertapa kurang bermaknanya cinta manusia. Setinggi manapun cinta kita namun bila di akhirat ianya akan menjadi kerdil lebih kecil daripada semut. Hanya cinta kepada Allah yang akan kekal dan lebih agung. Subhanallah begitu agungnya cinta kepada Yang Maha Esa. 

No comments:

Post a Comment