Tuesday 2 July 2013

Kehidupan........

Dalam waktu yang singkat semua boleh berubah.... sama ada ianya besar atau pun sekecil zarah...setiap insan mempunyai banyak kelebihan tapi ramai manusia yang tidak pernah bersyukur akan kekurangan diri...manusia tidak pernah menyedari bahawa di sebalik kekurangan masih ada kelebihan yang Allah berikan untuk setiap umatnya.....

Allah s.w.t memberikan kita satu hati...hati yang bersih..suci... Allah s.w.t juga memberikan kita ruang untuk mengisi hati tersebut dengan kebaikan ataupun keburukan...dan semuanya terletak pada diri kita sendiri....

jangan pernah menyalahkan takdir atas apa yang terjadi dalam hidup kita... ketahuilah bahawa apa yang terjadi semua ada hikmah disebaliknya...
sama seperti Allah s.w.t menurunkan hujan yang lebat namun Allah s.w.t tetap memberikan kita pelangi yang cantik dan indah untuk kita....